Thursday, 28 July 2016

5 Makanan Yang Mudah Dibawa Semasa Travel

1. Mi Segera
Makanan ni memang wajib sangat2 untuk kaki travel. Sebab nak sediakan cukup senang. Tambah lagi bajet untuk mi segera ni sangat murah dan mudah untuk dibawa.



2. Nasi & Lauk Segera
Kalau korang jenis perut Malaysia yang tak boleh hidup tanpa nasi, better bawaklah makanan ni..haha.. Makanan jenis ni dah banyak di jual terutama di Mydin, Tesco dan lain-lain. Jenama seperti Brahim's pun dah pelbagaikan menu masakan segera seperti nasi goreng, rendang daging dan ayam masak merah. Cara penyediaan senang je. Masak air panas dan rendam pek tu dalam air mendidih. Mudah kan?

Gambar dari: www.mileniaonline.com

3. Sambal Bilis/Sambal Goreng/Tempe Goreng
Makanan ni mudah dibuat sendiri dan lebih menjimatkan. Sesuai dimakan dengan nasi, mi segera dan roti. Kadang-kadang makanan di luar negara sukar untuk nak masuk tekak. So sambal bilis ke tempe goreng ke bolehla jadi makanan alternatif. Janji kenyang kan?

Gambar dari: kitchentigress.blogspot.com

4. Ketupat Segera & Makanan Dalam Tin
Ketupat nasi segera sesuai untuk jadi pengganti nasi. Cara penyediaan pon tak susah sebab just rendam atau rebus dalam air mendidih. Makanan dalam tin seperti sardin dan tuna juga sesuai untuk dimakan bersama ketupat nasi dan makanan lain. Bajet makanan ini juga agak rendah dan boleh dimakan lebih dari seorang.

Gambar dari : aznanie.blogspot.com

5. Roti & Biskut
Roti dan biskut merupakan makanan yang tak asing lagi untuk dibawa sewaktu travel kerana ia mudah untuk dimakan dimana-mana sahaja. Ia juga memberi sumber tenaga yang mencukupi. Tambahan pula, sewaktu travel kita akan selalu berjalan kaki dengan jarak yang jauh. Roti dan biskut juga sangat mudah didapati di mana-mana kedai dan harganya yang murah.

Gambar dari: gardenia.wikia.com


Makanan adalah perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan sewaktu travel. Hal ini kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk meneroka ke tempat orang. Pemilihan makanan yang sesuai dan mencukupi adalah baik untuk mengelakkan dari berlakunya masalah lain seperti keletihan dan sebagainya. Tambahan lagi citarasa makanan masyarakat di luar negara kita adalah berbeza dan tidak semua sesuai dengan lidah kita. Makanan halal yang dijual juga adakalnya sukar didapati dan mahal harganya. Oleh itu, letakkan bajet makanan yang akan dibawa di dalam wishlist travel kita. Sebagai contoh sekiranya pergi ke sesebuah tempat dalam masa 3 hari 2 malam, anggarkan kita akan makan makanan yang dibawa sahaja. Sediakan jumlah makanan yang akan dibawa seperti berikut:-

Hari Pertama:
Sarapan: Roti Gardenia Perisa Vanilla/Roti Gardenia+Tuna
Tengahari: Nasi+Ayam Masak Merah Brahim's
Malam: Mi Segera & Roti

Hari Kedua:
Sarapan: Waffle Gardenia+Tuna
Tengahari: Nasi Brahim's+Sardin
Malam: Mi Segera

Hari Ketiga:
Sarapan: Biskut
Tengahari: Mi Segera

Ini adalah contoh makanan yang boleh dibawa. Terpulang kepada korang untuk adjust menu yang sesuai. Hehe..

@bokomel

Team Travellouva



No comments:

Post a Comment