Sunday, 31 July 2016

5 Persiapan Penting Sebelum Pergi Travel

1. Sediakan Wang Dengan Secukupnya.
Buat anggaran perbelanjaan sebelum bertolak. Hal ini akan membantu kita untuk mengawal bajet perbelanjaan. Sekiranya bergerak secara backpacker, bahagikan bajet sebaik mungkin supaya kos perbelanjaan sewaktu travel dapat dikurangkan. Sebagai contoh, gunakan buku nota untuk menulis tentatif program dan tempat yang akan kita lawati.





2. Pastikan Dokumen Penting Berada Bersama Kita.
Dokumen penting seperti Passport, Tiket Penerbangan dan lain-lain dokumen sangat penting untuk melicinkan urusan kita di negara orang. Tambahan lagi, akan menjadi masalah besar sekiranya dokumen-dokumen penting ini gagal disediakan sebelum berlepas. Sebagai alternatif untuk pastikan dokumen sentiasa ada bersama kita, bawa beg sandang atau sling bag sewaktu travel.




3. Sediakan Ubat-Ubatan
Bawa ubat-ubatan seperti panadol, minyak cap kapak dan minyak gamat sebagai persediaan sekiranya berlaku masalah kesihatan. Ubat-ubatan sangat penting kerana travel di luar negara pada kebiasaannya mempunyai iklim dan persekitaran berbeza yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.




4. Belajar Secara Terperinci Tentang Tempat Yang Ingin Dikunjungi.
Persiapan ini sangat penting terutamanya bagi kaki travel yang ingin travel secara backpacker.
Persiapan perlu dikaji dari segi pengangkutan, budaya, dan pandangan orang yang pernah berkunjung ke tempat tersebut sebelum ini. Hal ini kerana dengan mengetahui serba sedikit tentang tempat yang ingin dilawati, ia akan membantu melancarkan perjalanan travel kita.




5. Rancang Jadual Perjalanan/Itinerary
Perancangan jadual perjalanan harus dibuat secara jelas supaya perjalanan menjadi lebih teratur. Jadual perjalanan penting terutama apabila travel bersama kumpulan yang ramai. Tambahan lagi, ia memberi gambaran sedikit sebanyak tentang keseluruhan travel.


@ bagibok
Team Travellouva

No comments:

Post a Comment