Wednesday, 27 July 2016

Khas Kepada Pelajar: 5 Cara Cari Duit Untuk Pergi Travel

1. Buat Perniagaan Servis/Perkhidmatan

Perniagaan servis/perkhidmatan adalah salah satu perniagaan yang sesuai dilakukan di universiti dan tempat belajar. Sebagai contoh, kalau ada motor, gunakan motor tu untuk buat servis hantar barang dari bilik ke bilik, servis beli makanan & lain-lain. Takpun kalau tak ada motor, boleh buat bisnes printing, jual nota dan sebagainya. Untung biasanya paling minima dalam RM 10 sehari. So RM10 x 30 hari = RM300 (Lepas beli tiket pergi balik Krabi, Medan & lepas buat belanja melancong dalam negara).



2. Berniaga Secara Berkumpulan

Idea berniaga secara berkumpulan ni penting & menguntungkan sebab dapat jimat kos modal & operasi. Korang cari geng travel backpakers dalam 5-6 orang. Bincangkan perniagaan yang mudah & menguntungkan dengan modal rendah. Contoh benda paling simple, kumpul sorang RM50 & buat bisnes jual sandwich. RM30 x 5 orang = RM150. Katakan kos 1 sandwich RM0.50. Korang dapat hasilkan dalam 300 pcs sandwich. Jual je RM1. Target awal2 habiskan dalam 200-250pcs. Dengan jumlah budak u yang punyala ramai takkan tak bleh laku kot..haha..Untung RM250-RM150 = RM100. Andaikan setiap hari untung minima RM100. RM100 x 30 hari = RM3000. Bahagi 5 orang dah sorang RM600. (Lepas beli tiket flight waktu promo pergi balik Korea, Perth, Osaka & lain-lain tempat. Juga tiket flight pergi balik + hotel + penginapan untuk Asia Tenggara).

                                               


3. Join Program Bisnes Dropship Secara Online

Kelebihan join bisnes ni disebabkan wifi universiti yang free walaupun hambar (kurang laju). Tambah2 budak u sekarang semua ada laptop sorang satu. Daripada layan FB or Instagram yang bosan gila kadang-kadang, better korang cari bisnes yang sesuai untuk jadi agen dropship. Contoh mudah, jual jersi. Supplier bagi harga dropship sehelai jersi RM30. Korang mark up harga jual dalam RM45. Guna ja marketing FB ads & Instagram. Anggaran sehari 2 customer beli. RM15+RM15 =RM30. RM30 x 30 = 900. (Lepas beli tiket flight sekitar Asia & tiket flight + hotel +pengangkutan di negara Asia Tenggara.



4. Kerja Part Time

Ini merupakan idea yang mudah untuk korang dapat duit. Dekat kawasan universiti atau tempat belajar, memang akan ada kedai yang tawarkan kerja. Kalau korang busy Isnin-Jumaat, kerja la waktu hujung minggu. Restoran KFC atau Mcd pon selalu ada kerja kosong. Andaikan 1 jam bekerja dibayar RM4. Sehari 8 jam kerja. Sabtu + Ahad = 16 jam @ RM64 seminggu. Sebulan RM64 x 4 = RM256. (Lepas beli tiket pergi balik Krabi, Medan & lepas buat belanja melancong dalam negara).



5. Ambil Upah Uruskan Travel.

Idea ni best tambah2 korang still study lagi dekat u. Macam mana caranya? Korang offer dekat kengkawan sama ada dalam persatuan atau coursemate untuk lawatan ke luar negara. Contohnya buat lawatan akademik melawat Kompleks Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja. Survey tiket murah dan letak tarikh yang sesuai. Katakan tiket promo ke Siem Reap RM 280 pergi balik. Cari dalam 20 orang student yang berminat nak join dan bersedia bayar secepat mungkin. Caj tambahan RM20 setiap sorang sebagai upah sebab korang akan buat A-Z segala urusan travel seperti check in tiket flight, cari hotel, uruskan penginapan dan pengangkutan di sana. Student takde hal nak bayar RM20 sebab
tak perlu pikir dah tentang segala masalah travel. So 20 orang student x RM20 = RM400. Korang dah dapat free tiket flight dan ada balance RM100 untuk hotel. Ibarat pergi free ja..haha

Gambar sekadar hiasan
                                               


Idea-idea di atas hanya sekadar cara yang mudah dan berkesan dapat duit untuk travel. At least takdelah susahkan mak bapak sangat. Anggaran pendapatan tu ditujukan dulu pada tiket flight sebab tiket flight lah benda paling penting yang akan memisahkan korang sama ada pergi travel atau tak. Bila dah beli, mau tak mau kena pergi jugak. Duit penginapan, pengangkutan dan duit lain still boleh cari dengan gunakan cara yang sama. Keluarlah ke dunia lain, pergi travel. Korang akan dapat banyak manfaat terutama untuk diri dan kengkawan. Serious tak rugy..hehe

@bokomel

team travellova



No comments:

Post a Comment